Page 144 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 144

Aktiviti Pengukuhan


                     Permainan Kad Beza

           2 Kumpulan: Terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.

           Bahan:           Sampul berisi kad imbasan

                          Sampul A                                     Sampul B

                      Kemahiran Hidup                             Sains Alam Sosial
                      Masakan (Kepala)                                 (Nombor)



            Kad 1: mengukus kek 1 jam 40 minit          Kad 1: umur adik 1 tahun 15 bulan

            Kad 2: merebus kentang 45 minit             Kad 2: umur nenek 65 tahun 2 bulan
            Kad 3: menggoreng nuget 35 minit            Kad 3: umur bayi 4 bulan
            Kad 4: menerap adunan biskut                Kad 4: umur bapa 35 tahun 5 bulan
                    1 jam 10 minit                      Kad 5: umur ibu 30 tahun 3 bulan
            Kad 5: mengupas bawang 20 minit



           Langkah:

            1  Salah seorang ketua kumpulan diminta melambung sekeping wang
                syiling.


            2  Lambungan wang syiling itu menentukan sampul yang akan diperoleh
                kumpulan tersebut.


            3  Kumpulan yang satu lagi akan mendapat sampul yang lain.


            4  Bagi setiap kumpulan, guru mengambil dua keping kad imbasan dari
                sampul dan membaca aktiviti yang tercatat pada kad tersebut.
                Contoh :
                     Kad 3: menggoreng nuget 35 minit
                     Kad 5: mengupas bawang 20 minit
                Cari perbezaan masa antara kedua-dua aktiviti.


            5  Ulang langkah 1 hingga 4 sebanyak 5 kali.




            136
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149