Page 149 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 149
Langkah-langkah penyelesaian menggunakan kalkulator.
(i) Tukarkan semua masa yang diberi kepada unit minit.
Untuk rekod masa Persatuan Kanu & Mendayung TLDM, tukarkan
1 jam kepada minit. Tip
Tekan 1 × 6 0 = .
1 jam = 60 minit
1 minit = 60 saat
Jawapan di skrin akan menunjukkan nombor 60 .
(ii) Kemudian tukarkan 37 saat kepada minit.
Tekan 3 7 ÷ 6 0 = .
Jawapan di skrin akan menunjukkan nombor 0.6166 .
Ambil jawapan 0.62 untuk 0.62 minit.
(iii) Seterusnya, masa yang terbaru dalam minit bagi rekod masa
Persatuan Kanu & Mendayung TLDM ialah:
Tambah semua nombor dalam minit.
Tekan 6 0 + 5 + 0 . 6 2 = .
3
Jawapan yang tertera pada skrin ialah 65.62 , iaitu bersamaan
dengan 65.62 minit.
(iv) Ulangi langkah yang sama untuk menukarkan rekod masa bagi
Penang Forward Sports Club kepada minit. Anda akan mendapat Masa dan Waktu
jawapan 64.88 minit.
(v) Untuk mencari perbezaan masa dalam minit, rekod masa dalam minit
bagi Persatuan Kanu & Mendayung TLDM tolak rekod masa dalam
minit bagi Penang Forward Sports Club. Tekan
6 5 . 6 2 – 6 4 . 8 8 =
Jawapan yang tertera pada skrin ialah 0.74 , iaitu bersamaan dengan
0.74 minit.
Perbezaan rekod masa bagi kedua-dua pasukan pendayung
ialah 0.74 minit
141

