Page 158 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 158

4.1    Unit Panjang



                                  Panjang ialah jarak antara dua titik.

                   Contoh:  (a) Panjang sebatang pensel.
                            (b) Ketinggian pokok kelapa.
                            (c) Jarak dari rumah ke sekolah.

             4.1.1   Mengenal Unit Panjang



             Unit metrik digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek atau jarak
             yang terdiri daripada kilometer (km), meter (m), sentimeter (cm) dan
             milimeter (mm).
                  Pembaris dan pita pengukur merupakan alat pengukur yang biasa
             digunakan untuk mengukur panjang.


                 Kilometer
                    (km)        Menyatakan jarak sesuatu tempat yang lebih jauh.
                                Contoh jarak dari Kuantan ke Kuala Lumpur.


                    Meter
                     (m)        Unit asas panjang dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI).
                                Contoh jarak dari kelas ke kantin sekolah.

                 Sentimeter                                               1
                    (cm)        Unit bagi jarak yang sama dengan         100  meter.
                                Contoh panjang sebatang pen.

                  Milimeter
                    (mm)        Merupakan unit metrik yang digunakan untuk
                                mengukur objek kecil. Contoh klip kertas.


                    Tip



                        Terdapat juga unit bukan piawai seperti hasta, depa dan jengkal.
                        Unit bukan piawai yang tidak seragam pula adalah seperti klip
                        kertas, rod dan penyedut minuman.



                     Nota Guru
                4.1.1
                     • Bimbing murid meneroka pelbagai penggunaan unit mm, cm, m dan km dalam
                      kehidupan seharian.
            150
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163