Page 205 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 205
Aktiviti Pengukuhan
Blok Bangunan
1 Kumpulan: 5 orang
Bahan: Pen marker, kad imbasan dan blok kayu
pelbagai bentuk
Cara bermain:
1 Setiap kumpulan diberi 5 keping kad imbasan.
2 Murid diminta menuliskan ayat matematik operasi tambah atau tolak
yang melibatkan unit panjang pada kad imbasan masing-masing.
3 Murid juga perlu menulis nama sendiri di sudut sebelah kanan kad
imbasan tersebut.
4 Kumpul semula semua kad imbasan yang telah lengkap ditulis.
5 Bagi memulakan permainan, guru akan mengemukakan soalan terbuka
kepada semua peserta.
6 Kumpulan yang memberi jawapan yang tepat diberi peluang untuk
memilih mana-mana lima kad imbasan yang disukai.
7 Setiap murid diberi masa yang sama untuk menjawab soalan di atas
kad imbasan.
8 Guru menyemak jawapan setiap kad imbasan bersama-sama murid.
9 Bagi jawapan yang betul, murid diberi peluang memilih satu blok kayu.
4
10 Murid-murid dalam kumpulan perlu bekerjasama
menyusun blok kayu untuk membentuk sebuah
bangunan yang teguh dan tinggi.
Pengubahsuaian:
Permainan ini juga boleh dijalankan tanpa menggunakan Ukuran Panjang
blok kayu mengikut kreativiti guru.
197

