Page 210 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 210
4.2.3 Menyelesaikan Masalah Harian
Contoh
1 Encik Rahman memotong kayu kepada 2 bahagian yang sama
panjang. Panjang setiap bahagian ialah 30 cm 5 mm.
Cari panjang asal kayu tersebut dalam cm.
Diberi Panjang setiap bahagian kayu = 30 cm 5 mm
Kayu dipotong kepada dua bahagian.
Dicari Panjang asal kayu
Operasi Tambah
Selesaikan 30 cm 5 mm + 30 cm 5 mm =
cm mm
3 0 5
+ 3 0 5
6 0 1 0
30 cm 5 mm + 30 cm 5 mm = 60 cm 10 mm
= 61 cm
Panjang asal kayu ialah 61 cm
Semak cm mm
3 0 5
× 2
6 0 10
60 cm 10 mm = 60 cm + 1 cm
= 61 cm
Nota Guru
4.2.3
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat yang diberi dan memahami
kehendak soalan.
202

