Page 106 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 106

(D) Mentafsir Graf Garis



                  Purata suhu harian di Kuala Lumpur pada 10 hari pertama bulan Jun


                            29
                            28
                           Suhu (°C)  26
                            27
                            25
                            24

                              0     1   2   3    4   5   6    7   8    9  10
                                                      Hari

           1. Oleh kerana titik-titik mewakili data purata suhu harian pada graf garis,
              maka dapat ditafsir data dalam bentuk jadual seperti berikut:

                        Hari         1    2     3     4     5     6    7     8     9     10

                     Suhu (°C)      28    26    24   27    27    25    26   28     29    28

           2. Berdasarkan titik pada kedudukan paling tinggi dalam graf, purata suhu
              maksimum di Kuala Lumpur ialah 29°C pada 9 Jun.


           3. Berdasarkan titik pada kedudukan  paling rendah dalam graf, purata
              suhu minimum di Kuala Lumpur ialah 24°C pada 3 Jun.


           4. Purata suhu harian Kuala Lumpur menurun dari 28°C pada 1 Jun kepada
              24°C pada 3 Jun.

           5. Purata suhu meningkat pada 4 Jun dan sekata hingga 5 Jun iaitu 27°C.


           6. Purata suhu menurun sebanyak 2°C pada 6 Jun dan meningkat sehingga
              29°C pada 9 Jun.


           7. Min purata suhu harian di Kuala Lumpur

             =   28 + 26 + 24 + 27 + 27 + 25 + 26 + 28 + 29 + 28
                                           10
             =   268
                  10
             = 26.8°C



              98
              98
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111