Page 101 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 101
CONTOH
CONTOH Piktograf yang tidak lengkap menunjukkan bilangan kamera yang
2 2 dijual oleh semua cawangan sebuah syarikat dalam masa seminggu.
Bilangan kamera yang dijual di tiga buah cawangan
MMC
ITT
KLS
Petunjuk: mewakili 5 buah kamera
(a) Jumlah kamera yang dijual oleh ketiga-tiga cawangan itu ialah
75 buah. Hitung bilangan simbol yang perlu dilukis untuk
cawangan KLS.
(b) Berapakah peratusan kamera yang dijual oleh cawangan MMC?
Penyelesaian
(a) Bilangan kamera yang dijual oleh MMC = 6 × 5
= 30
Bilangan kamera yang dijual oleh ITT = 5 × 5
= 25
Bilangan kamera yang dijual oleh KLS = 75 – 30 – 25
= 20
Bilangan simbol untuk cawangan KLS = 20 ÷ 5
= 4 3
Bilangan simbol untuk cawangan KLS ialah 4.
(b) Peratusan kamera yang dijual oleh MMC = 30 × 100%
75
= 40% STATISTIK
Peratus kamera yang dijual oleh cawangan MMC ialah 40%.
Cabar Minda
Cabar Minda
Syarikat tersebut mendapat keuntungan 25% dengan
harga jualan RM750.00 setiap kamera.
(a) Berapakah harga kos sebuah kamera itu?
(b) Hitung jumlah keuntungan yang diperoleh syarikat
itu dalam minggu tersebut.
93
93

