Page 116 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 116
Latihan
Latihan 3.2.3
3.2.3
1 Pilih dan bina perwakilan data yang sesuai bagi setiap data yang berikut
supaya matlamat yang dinyatakan akan tercapai.
(a) Matlamat: Untuk menjadikan data yang dipersembahkan lebih
menarik dan mudah dilihat.
Mata ganjaran Program Nilam yang dikumpul dalam setahun
Nama murid Sabran Lim Fakhri
Mata ganjaran 40 50 20
(b) Matlamat: Untuk menunjukkan perubahan komisen yang diperoleh
seorang jurujual insuran dari bulan Januari hingga Jun.
Komisen yang diperoleh dari bulan Januari hingga Jun
Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun
Komisen (RM) 2 000 1 500 2 500 1 000 3 000 2 500
(c) Matlamat: Untuk menunjukkan jumlah pengeluaran dalam setiap
bulan dengan jelas.
Pengeluaran permainan Beyblade
Bulan September Oktober November Disember
Bilangan 120 140 120 160
(d) Matlamat: Untuk menunjukkan dengan jelas jenis-jenis perbelanjaan
bulanan Encik Wahab.
Perbelanjaan bulanan Encik Wahab
Makanan 30% Pengangkutan 25% Bil utiliti 20%
Keperluan 15% Bil telefon 5% Simpanan 5%
(e) Matlamat: Untuk membolehkan bilangan pekerja pada masa akan
datang dapat diramalkan.
Bilangan pekerja di sebuah syarikat
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Bilangan pekerja 35 40 45 50 60 70
108
108

