Page 118 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 118
Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti Pengukuhan
PERWAKILAN DATA YANG SESUAI
Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan (3 – 4 orang).
Bahan: Kertas A4, pensel warna atau perisian MS Excel.
Langkah:
1 Kumpulkan data tentang pelbagai tajuk seperti saiz kasut sekolah,
permainan kegemaran, bilangan adik-beradik, negeri kelahiran dan
sebagainya daripada 5, 8 atau 10 murid supaya carta pai boleh
dibahagikan dengan mudah.
Contoh data yang dikumpul:
Saiz kasut sekolah 5 6 7
Bilangan murid 4 4 2
Adik beradik 1 2 3
Bilangan murid 1 6 3
2 Persembahkan data dalam bentuk piktograf, carta palang atau carta
pai menggunakan kertas dan pensel warna, atau menggunakan
perisian MS Excel.
Kasut saiz 5
Saiz 7
Saiz 5 Kasut saiz 6
Kasut saiz 7
Saiz 6
Petunjuk: mewakili 2 orang murid
3 Setiap kumpulan dikehendaki mentafsirkan sekurang-kurangnya
tiga maklumat daripada setiap perwakilan data yang telah dibuat.
Contoh:
(a) Paling ramai murid memakai kasut saiz .
(b) Peratus murid yang mempunyai 2 orang adik beradik ialah .
4 Terangkan kesesuaian setiap perwakilan data yang digunakan
dalam merumus maklumat.
5 Kumpulkan hasil kerja menjadi sebuah buku folio dan pamerkan di
sudut Matematik dalam kelas.
110
110

