Page 127 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 127
GLOSARI
Bentuk Struktur atau rupa luaran sesuatu objek dalam 2 atau 3 dimensi.
Bucu Satu titik tempat bertemunya garis atau satah dalam suatu rajah.
Carta pai Perwakilan data yang menggunakan sektor bulatan.
Carta palang Perwakilan data yang menggunakan palang berbentuk segi
empat tepat untuk mewakili data.
Data Kumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara.
Graf garis Suatu perwakilan data dalam bentuk graf yang terhasil daripada
garis dengan menyambungkan titik-titik yang mewakili data tertentu.
Isi padu Sukatan atau ukuran ruang di dalam sesuatu pepejal.
Kekerapan Bilangan sesuatu nilai dalam satu set data.
Keratan rentas Permukaan yang terhasil daripada pemotongan sesuatu bentuk
pepejal geometri.
Kon Pepejal yang mempunyai satu bucu dengan tapak
berbentuk bulat.
Kuboid Pepejal yang mempunyai 6 permukaan rata yang
berbentuk segi empat tepat.
Kubus Pepejal yang mempunyai 6 permukaan rata
yang kesemuanya berbentuk segi empat sama.
Lebar Ukuran sisi yang lebih pendek.
Tinggi Lebar
Panjang Lebar Panjang
Luas Ukuran ruang sesuatu permukaan atau kawasan tertutup.
Luas tapak Luas bahagian paling bawah sesuatu bentuk pepejal atau objek
tiga dimensi.
Tapak
Meter padu Unit ukuran bagi isi padu dalam sistem metrik. Singkatannya, m .
3
Min Hasil yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagikan
dengan bilangan data.
Mod Nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi bagi suatu set data.
Objek Bentuk, rajah atau benda asal dalam pelbagai transformasi.
119
119

