Page 128 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 128
Paksi Garis yang melintang atau menegak untuk menanda maklumat,
ukuran atau nilai pada graf.
Panjang Ukuran sesuatu dari satu hujung ke hujung yang lain.
Pepejal Bentuk tiga dimensi yang mempunyai panjang, lebar, dan tinggi.
Pepenjuru Garis lurus yang menyambung dua bucu yang tidak bersebelahan
bagi sesuatu poligon.
Piktograf Perwakilan data dengan menggunakan simbol atau gambar.
Piramid Pepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya
berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu.
Prisma Pepejal dengan dua permukaan tapak yang selari dan kongruen,
semua permukaan lain berbentuk sisi empat.
Prisma tegak Prisma yang tapaknya bersudut tegak dengan tepi-tepi sisinya.
Purata Nilai yang diperoleh apabila jumlah sesuatu kuantiti dibahagikan
dengan bilangan kuantiti tersebut.
Sektor Bahagian dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok
yang menyambungkan titik hujung dua jejari.
Sfera Pepejal berbentuk bola.
Silinder Pepejal yang keratan rentasnya seragam dan
berbentuk lengkung tertutup.
Statistik Keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka.
Sudut Ruang di antara dua garis lurus yang berpunca
dari titik yang sama. Sudut diukur dalam unit
darjah (°).
Tapak Sisi atau muka yang digunakan sebagai rujukan
untuk tinggi sesuatu bentuk geometri.
Tiga dimensi Perihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu panjang, lebar,
dan tinggi.
120
120

