Page 46 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 46
Prisma Tegak Berada Di Sana Sini
Aktiviti
Aktiviti
2 2
Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan (3 – 5 orang).
Bahan: Objek-objek dari persekitaran, kamera, komputer/komputer riba,
mesin cetak dan lembaran kerja.
Langkah:
1 Setiap kumpulan dibekalkan dengan tablet/telefon pintar/kamera untuk
menjalankan aktiviti ini.
2 Murid dibawa ke sekitar sekolah untuk mengenal pasti objek-objek
di persekitaran sekolah yang berbentuk prisma tegak.
3 Ambil gambar objek-objek yang telah dikenal pasti dengan bantuan
dan bimbingan guru.
4 Murid juga boleh mencari gambar objek-objek yang berbentuk prisma
tegak dengan menggunakan komputer yang dilengkapi Internet.
5 Gambar-gambar yang diambil disimpan ke dalam perisian komputer
dan dicetak.
6 Kumpulkan gambar pada lembaran kerja mengikut jenis prisma tegak.
Jom Guna Semula
Aktiviti
Aktiviti IMBAS SAYA
3 3
Aktiviti ini dilakukan secara individu.
Bahan: Kadbod keras atau kotak kosong, gunting, gam untuk
dan warna air. Layari laman sesawang memuat turun
http://bit.ly/bentangan bentangan
Langkah: (Dicapai pada 31 Disember 2020) prisma tegak
1 Dengan berpandukan templat prisma tegak yang
disediakan dalam kod QR, lakarkan bentangan prisma tegak pada
kadbod atau kotak.
2 Gunting lakaran bentangan. Kemudian, lipat dan gam mengikut garis
lakaran untuk membentuk prisma tegak.
3 Warnakan prisma tegak dengan warna air untuk mendapatkan bentuk
yang lebih menarik.
38
38

