Page 87 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 87
Latihan 3.1.3
Latihan 3.1.3
1 Jadual menunjukkan panjang 100 batang rod besi yang dihasilkan oleh
sebuah kilang dalam satu hari tertentu.
Panjang rod (cm) 15 16 17 18 19 20 21
Bilangan rod 10 20 10 10 25 15 10
Cari mod dan min bagi panjang rod besi yang dihasilkan itu.
2 Seramai 10 orang murid kelas 5 Inovatif telah mengumpul sejumlah
tin minuman untuk Projek Kitar Semula. Bilangan tin minuman yang
dikumpulkan dan kekerapannya ditunjukkan dalam jadual berikut.
Bilangan tin 18 22 26 30
Kekerapan 5 1 3 1
Nyatakan mod dan min bagi data ini.
3 Cikgu Liza ingin mengumpul data kecergasan aktiviti senaman tekan tubi
murid SMK Orkid Desa. Data bilangan tekan tubi dalam masa seminit
mengikut bilangan murid telah direkodkan ke dalam jadual berikut.
3
Bilangan tekan tubi 5 8 10 12 15
Bilangan murid 12 16 5 5 2
(a) Tentukan mod data berdasarkan kekerapan paling tinggi.
(b) Kira min data kercergasan murid SMK Orkid Desa.
(c) Buatkan kesimpulan tentang tahap kecergasan murid-murid SMK STATISTIK
Orkid Desa.
4 Jadual menunjukkan skor bagi sekumpulan murid dalam suatu kuiz.
Skor 1 2 3 4 5
Kekerapan 4 9 2 6 4
(a) Cari skor min.
(b) Hitung peratusan murid yang mendapat skor melebihi skor mod.
79
79

