Page 83 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 83

6   Jadual menunjukkan tempoh masa Selina mengulang kaji pelajaran

                  dalam 3 hari.

                          Hari                 Isnin              Selasa              Rabu
                     Tempoh masa          2 jam 15 minit      3 jam 25 minit         50 minit

                  Hitung min tempoh masa, dalam jam dan minit, Selina mengulang kaji
                  pelajaran dalam sehari.

              7   Hitung min bagi data dalam setiap jadual kekerapan yang berikut:

                  (a)   Wang kertas (RM)           1         5         10         20         50

                             Bilangan             10         6          8          4         2


                  (b)       Suhu ( C)             26         27        28         29         30
                                    o

                            Kekerapan              3         5          3          7         7

                  (c)     Umur (Tahun)            21         22        23         24         25


                         Bilangan pemain           8         9          6          4         3





              8   Min jisim bagi 3 buah beg ialah  12 kg. Jika                                          3
                  jisim sebuah daripada beg-beg itu ialah 16 kg,
                  hitung min jisim bagi dua buah beg lagi.






              9   Min ukuran panjang 9 keping papan yang dicatatkan oleh Yan Lee ialah                  STATISTIK
                  85 cm. Namun, kesilapan telah berlaku dalam catatan, tambahan 18 cm
                  diberikan kepada jumlah panjang papan.
                  Apakah min baharu bagi panjang papan-papan itu?



              10  Min wang saku mingguan murid-murid Tingkatan 5R ialah RM30.00.
                  Jika pada Hari Pahlawan, setiap murid mendermakan RM5.00 kepada
                  Tabung Pahlawan, berapakah min wang saku yang baharu?



                                                                                              75
                                                                                              75
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88