Page 97 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 97
Latihan 3.2.1
Latihan 3.2.1
1 Data dalam jadual menunjukkan bilangan hari hujan dari bulan Julai
hingga September di sebuah bandar.
Bulan Julai Ogos September
Bilangan hari 9 3 6
Bina satu piktograf secara mengufuk untuk mewakili data tersebut.
2 Satu kajian telah dijalankan tentang keluasan tanah yang ditanam
dengan tanaman padi di lima buah bandar dalam satu tahun. Berikut
ialah hasil kajian itu.
Seluas 15 000 hektar tanah di bandar A ditanam dengan tanaman
padi berbanding dengan 60 000 hektar di bandar B. Di bandar C, padi
ditanam di kawasan seluas 50 000 hektar, manakala di bandar D pula
di kawasan seluas 25 000 hektar. Keluasan tanah yang ditanam padi
di bandar E ialah 45 000 hektar.
Berdasarkan maklumat yang diberi, bina satu piktograf mencancang
dengan simbol yang sesuai untuk mewakili data tersebut.
3 Suatu kajian tentang bilangan ahli keluarga bagi murid-murid Tingkatan 3
5 dijalankan. Maklumat yang diperoleh dikumpul dan direkod dalam
jadual yang berikut.
Bilangan ahli keluarga 3 4 5 6 7
Bilangan murid 1 4 6 5 3 STATISTIK
Bina satu carta palang mencancang untuk mewakili data tersebut.
4 Jadual menunjukkan hasil tinjauan Akhbar
oleh Melinda tentang bahan bacaan
kegemaran pilihan sekumpulan murid Majalah
di sekolahnya. Novel
Bina satu carta palang yang sesuai
untuk mewakili data tersebut. Buku ilmiah
89
89

