Page 19 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 19
Kod Kertas MPP1013 Page 19 of 32
10.0 Sesiku L
Sesiku L merupakan satu alat yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 samada
bahagian luar ataupun dalam. Bahagian badan sesiku L lebih tebal dan lebih pendek daripada bahagian
mata. Mata dipasang bersudut tepat dengan badan dengan cara menempa atau merivet.
Mata
Skru Pelaras
Badan Penimbang Air
Sesiku L
Sesiku l boleh laras
Menguji sudut sesiku L
Sediakan sekeping logam yang lurus dan rata. Lekapkan badan sesiku pada tepi bibir kepingan logam
dan buat satu garisan dengan menggunakan penggarit. Pusingkan kedudukan sesiku supaya bertemu
dengan garisan tadi dan buat satu lagi garisan. Jika garisan itu sama tempatnya iaitu bertindih,
bermakna sudut sesiku tersebut tepat.
11.0 Spanar
Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat atau skru
11.1 Jenis-jenis spanar
Terdapat beberapa jenis sepana yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan ialah:-
- Spanar soket ( socket spanner),Spanar kekotak (box spanner)
- Spanar hujung terbuka (open end spanner),Sepana gabungan (comman spanner)
- Spanar hidup (adjustablewrench),Spanar nat kembang
- Spanar paip,Spanar injap servis,Spanar daya kilas,Kunci allen,Spanar set skru.
-
Nama Alat dan Kegunaan Alat
a. Spanar soket
Spanar soket begitu meluas digunakan, terutamanya untuk
membuka, mengetat atau melonggarkan nat yang kepalanya
mempunyai segi. Spanar jenis ini digunakan pada tempat
yang sempit dan tempat yang bersudut.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

