Page 8 - nota mpp2013
P. 8

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)               Muka / Page :  7
                                                                                    Drpd/of         :  35


















                                        Gambarajah : Kaedah Penyimpanan Bahan Pendingin


                       b.  Guna Semula (Recycle) –
                           Recycle  adalah  satu  proses  untuk  membersihkan  bahan  pendingin  agar
                           boleh  digunakan  semula  dengan  mengasingkan  minyak,  mengurangkan
                           kelembapan dan keasidan.

                       c.  Reclaim –
                           Reclaim  adalah  kaedah  untuk  memproses  bahan  pendingin  mengikut
                           spesifikasi asal bahan pendingin tersebut melalui proses penyulingan.



                     v.    Maklumat  Asas  Bahan  Pendingin  iaitu  R22,  R404a,  R134a,  R407C,
                           R410a, R123.


                       a.  Fungsi bahan pendingin:

                           1.  Untuk menyerap haba.
                           2.  Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi
                              gas dan menyingkirkan haba ini di pemeluwap.
                           3.  Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair.


                       b.  Sifat-sifat bahan pendingin yang baik:

                         1.  Kesan-kesan pada haba dan suhu

                           i.   Haba  pendam  pewapan  bahan  pendingin  mestilah  tinggi.  Ini
                                membolehkan  kuantiti  bahan  pendingin  yang  sedikit  menyerap  haba
                                dengan banyak.
                           ii.   Takat  beku  bahan  pendingin  mestilah  rendah  daripada  suhu  yang
                                terdapat  di  mana-mana  bahagian  dalam  sistem  itu.  Jika  ini  tidak
                                diambil  kira,  bahan  pendingin  mungkin  membeku  di  penyejat  dan
                                menyebabkan sistem tidak dapat bekerja dengan sempurna.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13