Page 9 - nota mpp2013
P. 9

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)               Muka / Page :  8
                                                                                    Drpd/of         :  35
                         2.  Ketumpatan isipadu bahan pendingin

                           i.   Ketumpatan  bahan  pendingin  hendaklah  tinggi.  Saluran  cecair  yang
                                kecil boleh digunakan.
                           ii.   Isipadu  wap  bahan  pendingin  mestilah  sekecil  mungkin.  Ini
                                membolehkan penggunaan saluran sedutan dan nyahcas yang kecil.
                                Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen-komponen.

                         3.  Kesan tekanan kepada bahan pendingin

                           i.   Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah
                                seboleh-bolehnya hendaklah rendah.
                           ii.   Apabila  tekanan  pemeluwap  rendah,  alat-alat  yang  ringan  dapat
                                digunakan dan kebocoran boleh dielakkan.


                         4.  Sifat-sifat kimia bahan pendingin

                           i.   Mestilah  tahan  pada  suhu  dan  tekanan  operasi  yang  terdapat  pada
                                sistem tanpa berubah sifatnya.
                           ii.   Tidak mudah terbakar dan meletup, sama ada dalam bentuk gas atau
                                cecair semasa bercampur dengan minyak.
                          iii.   Tidak berkarat dan tidak bertindakbalas terhadap alat-alat sistem.
                          iv.   Tidak beracun dan memberi kesan sampingan kepada hidupan seperti
                                manusia, tumbuhan dan haiwan.

                         5.  Sifat-sifat bahan pendingin

                           i.   Tidak mudah terbakar.
                           ii.   Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran berkesan.
                          iii.   Tidak  berbahaya  apabila  bertindakbalas  dengan  minyak  walaupun
                                dengan kehadiran kelembapan.
                          iv.   Mempunyai  rintangan  tinggi  pada  elektrik.  Ini  untuk  mengelakkan
                                pengaliran arus elektrik pada sistem.

                       c.  Mengenal bahan pendingin dengan nombor

                           Bahan pendingin dapat dikenali melalui nombor.
                           Biasanya, nombor ini bermula dengan R, bermaksud bahan pendingin.
                           Bahan  dingin  yang  biasa  digunakan  dalam  sistem  penyejukan  dan
                            penyaman udara R-11, R12, R-22, R-500, R-502, R-503, R504, R-717.

                       d.  Kumpulan bahan pendingin;

                           Bahan pendingin terbahagi kepada tiga kumpulan:

                           • Kumpulan pertama – yang paling selamat digunakan
                           • Kumpulan kedua - beracun dan sesetengahnya mudah terbakar.
                           • Kumpulan ketiga - mudah terbakar.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14