Page 4 - BUKU KERJA KTM
P. 4
ARAHAN KEPADA KTM
1. Buku ini WAJIB diisi dengan LENGKAP, TEPAT dan JELAS
pada Hari Mengundi dan hendaklah dikembalikan bersama
SAMPUL No.1 dan No.2 kepada Pegawai Pengurus di Pusat
Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).
2. Panduan pengisian borang-borang pilihan raya disediakan dalam
buku ini.
3. Penggunaan sampul-sampul pengundian hendaklah berdasarkan
arahan seperti di bahagian hadapan sampul-sampul berkenaan.
4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan tugas Ketua Tempat
Mengundi (KTM) perlu dirujuk kepada buku-buku yang dibekalkan
seperti berikut:
4.1 Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);
4.2 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan
Raya) 1981;
4.3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
4.4 Buku Panduan Memutuskan Undi Ragu.
5. Maklumat di dalam buku ini dijadikan sebagai rujukan untuk
membuktikan tugas-tugas KTM telah dilaksanakan bagi tujuan
pembayaran ELAUN/TUNTUTAN.
6. Buku ini adalah hak milik SPR. Jika berlaku kehilangan atau buku
ini dijumpai ianya hendaklah dimaklumkan kepada SPR melalui
telefon 03-88927000/ 7200.
iv

