Page 53 - BUKU KERJA KTM
P. 53
3.14 PERBEZAAN MAKLUMAT DALAM
DOKUMEN PENGENALAN DIRI
DENGAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN
RAYA (DPPR)
i. Sekiranya ejaan nama dalam DPPR berbeza dengan
ejaan nama pada Dokumen Pengenalan Diri, tetapi
tidak menjejaskan Identiti Pengundi. KTM hendaklah
membenarkan pengundi tersebut mengundi setelah
mengisi Borang 11.
[Sub-Peraturan 20 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981]
ii. Meminta Pengundi tersebut mengisi Borang 11 (Akuan)
setelah KTM berpuas hati perbezaan maklumat tersebut
adalah benar seperti perubahan nama akibat pertukaran
agama, tetapi ia masih yakin bahawa Pengundi itu adalah
orang yang sebenar berdasarkan dokumen bukti yang
dikemukakan.
iii. Membuat catatan perbezaan nama pada DPPR KTM dan
mengarahkan KP1 membuat pembetulan yang sama.
iv. Membuat catatan dalam Borang SPR. 763 (Kertas
Catatan Ketua Tempat Mengundi).
53

