Page 48 - BUKU KERJA KTM
P. 48
3.13 PENGURUSAN PENGUNDI YANG
TIDAK BERDAYA
Apabila KP1 merujuk kes pengundi buta atau kecacatan
fizikal dan tidak dapat menanda Kertas Undi.
(a) Terima makluman mengenai Pengundi Buta dari
KP1 yang dirujuk oleh “Orang Yang Dipercayai”
(OYD) yang mengiringi Pengundi Tidak Berdaya.
Hanya Pengundi Buta atau kecacatan fizikal lain
(iaitu tidak berupaya membuat penandaan pada
Kertas Undi) dibenarkan untuk menamakan Orang
Yang Dipercayai untuk membuat penandaan pada
Kertas Undi.
(b) KTM hendaklah menyemak OYD sama ada
memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia; dan
(ii) Berumur melebihi 21 tahun.
(c) Minta OYD melengkapkan Borang 10 (Akuan
Mengenai Identiti) sebelum dibenarkan
membuat penandaan bagi Pihak Pengundi. KTM
perlu tandatangan Borang 10 bagi mengesahkan
Borang tersebut.
(d) Memerhatikan OYD melakukan penandaan Kertas
Undi dan memasukkan Kertas Undi ke dalam Peti
Undi.
(e) Sekiranya Pengundi Tidak Berdaya hadir tanpa
OYD untuk menanda Kertas Undi, KTM hendaklah
membawa Pengundi tersebut ke Petak Undi,
membacakan dengan kuat maklumat calon yang
terdapat pada Kertas Undi dan menandakan Kertas
Undi mengikut cara yang disuruh oleh Pengundi,
seterusnya memasukkan Kertas Undi ke dalam Peti
Undi. Borang 10 tidak perlu diisi oleh KTM.
48

