Page 60 - BUKU KERJA KTM
P. 60
Bahagian D. Mengisi bilangan kertas undi yang tidak
digunakan dengan menggunakan
formula ‘Jumlah Kertas Undi Yang
Diterima (A) menolak Jumlah Kertas
Undi Yang Telah Digunakan (B)’.
Bahagian E. Mengisi jumlah kertas undi yang patut
berada dalam peti undi dengan
menggunakan formula ‘Jumlah Kertas
Undi Yang Diterima (A) menolak
Jumlah Kertas Undi Rosak (C) dan
menolak Jumlah Kertas Undi Yang
Tidak Digunakan (D)’.
(iv) Sila rujuk Contoh Borang 13 Yang Lengkap di
muka surat 65;
(v) KTM hendaklah menerangkan kepada ETM
mengenai maklumat yang ada pada Borang 13;
(vi) KTM hendaklah menandatangani Borang 13 dan
seterusnya meminta ETM menandatanganinya, jika
ingin berbuat demikian;
[Sub-Peraturan 24(1)(c) Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
(vii) KTM hendaklah menghantar maklumat berkaitan
butiran Borang 13 melalui aplikasi whatsapp kepada
PP;
60

