Page 61 - BUKU KERJA KTM
P. 61
(viii) Borang 13 tidak boleh diberikan kepada ETM
kerana tidak diperuntukkan dalam Sub-
Peraturan 26A(1) Peraturan-peraturan Pilihan
Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 (P.U. (A)
386/1981) dan hanya boleh diberikan dengan
perintah Hakim Mahkamah Tinggi selaras
dengan Peraturan 26 Peraturan yang sama;
Walau bagaimanapun sekiranya perlu, KTM boleh membenarkan
ETM untuk membuat catatan sendiri berkaitan maklumat yang
terdapat pada Borang 13, tetapi KTM tidak dibenarkan untuk
menurunkan tandatangan pada catatan yang dibuat oleh ETM.
(c) Maklumkan kepada ETM masa pengiraan undi akan
dimulakan (untuk undi awal, KTM perlu memaklumkan
tarikh, tempat dan masa seperti dalam Borang 12A).
(d) Masukkan Kertas Undi yang tidak digunakan, Kertas Undi
Rosak, salinan DPPR KP1, kaunterfoil Kertas Undi ke
dalam Sampul SPR. No.3.
(e) Memeterai Sampul SPR. No.3 dengan Perekat
Keselamatan, turunkan tandatangan dan minta ETM
menandatanganinya, jika ia ingin berbuat demikian.
61

