Page 15 - Pembinaan Peradaban Majmuk Malaysia
P. 15
PEMBENTUKAN
PERADABAN MAJMUK
Pembentukan peradaban majmuk ialah gabungan
atau campuran beberapa peradaban yang membentuk
peradaban beridentitikan Malaysia.Peradaban Melayu
menjadi teras kepada peradabanmajmuk Malaysia.
Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan
Timur Tengah telahmembuka ruang interaksi dan jaringan
peradabanyang lebih luas di Tanah Melayu. Kemudian,
iadisusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Baratseperti
Portugis, Belanda dan Inggeris yang telahmembawa
kepada berlakunya interaksi dan jaringanperadaban yang
lebih rencam. Episod penjajahanInggeris telah membawa
lebih ramai pekerja asing dari India dan China telah
memungkinkanberlakunya pengukuhan peradaban India
dan China.
Hari ini, di era globalisasi, peradaban majmuk
telahmembawa berlakunya kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digitalyang
kompleks. Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah
membentuk peradaban majmuk di Malaysiahari ini.
15

