Page 16 - Pembinaan Peradaban Majmuk Malaysia
P. 16
KESAN NILAI MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN
WARGA ASING LUAR NEGARA
•Nilai masyarakat majmuk yang telah
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia telah
memberi kesan kepada negara-negara
luar. Antaranya ialah hubungan harmoni
antara pelbagai kaum yang sangat rapat.
Lebih-lebih lagi dapat kita lihat pada
musim perayaan misalnya Hari Raya
Aidilfitri. Ramai di antara masyarakat
melayu menyambutnya dengan
melakukan rumha terbuka secara
besaran atau kecilan. Mereka juga akan
menjemput jiran tetangga mereka
walaupun berlainan kaum dan agama
untuk sama-sama memeriahkan lagi
aktiviti tersebut.
•Begitu juga apabila tibanya perayaan
Hari Raya Cina, Thaipusam, Deepavali
dan Krismas. Ia antara amalan yang
berjaya memupuk semangat muhibah
dan perpaduan. Jadi, dengan sikap
saling menghormati dan melengkapi,
rakyat Malaysia inilah memberi kesan
kepada warga asing luar negara bahawa
sesebuah megara itu boleh hidup
dengan aman damai walaupum
memiliki kepelbagaian kaum sekiranya
mereka menjalinkan hubungan yang
harmoni dan saling menghormati antara
satu sama lain.
•Selain itu, semangat perpaduan dan
patriotism yang tinggi dalam masyarakat
Malaysia sangat memberikan kesan
positif kepada hampir semua negara di
dunia. Sudah cukup untuk dilihat
semangat perpaduan rakyat tanpa
mengira kaum ketika menyambut Hari 16
Kemerdekaan.

