Page 3 - NOTA PERBINCANGAN HI TEA
P. 3

c.  Orang Kenamaan.

                              (1)    Menteri Pertahanan.
                              (2)    Menteri Besar.
                              (3)    Ahli Parlimen.
                              (4)    Ahli Dewan Undangan Negeri.

                       d.  Ahli Korporat yang membeli meja.

                       e.  Pegawai & LLP dalam Perkhidmatan.

                              (1)    Panglima Tentera Udara.
                              (2)    PW TUDM.
                              (3)    Komander Pangkalan.
                              (4)    PW Pangkalan.

               10.     PAKAIAN.  Pakaian bagi majlis ini adalah yang bersesuaian, kemas dan sopan selaras
               dengan tema dan konsep majlis.

               11.     Keputusan.    Ahli  mesyuarat  bersetuju  pakaian  yang  ditetapkan  adalah  Baju  Korporat
               PVTUDM atau Baju Korporat Persatuan/Kelab masing-masing atau veteran individu yang  tidak
               memiliki baju korporat pakaian adalah bertemakan “Hitam-Putih”.

               12.     MENU:  Menu yang akan disediakan adalah bersesuaian dengan tema majlis Hi-Tea dan
               bergantung kepada lokasi majlis serta kemampuan kewangan. Sekiranya majlis ini diadakan di
               dalam  Pangkalan  TUDM,  pihak  PVTUDM  akan  berbincang  lanjut  dengan  pihak  pangkalan
               untuk  menggunakan  khidmat  katering  sedia  ada  untuk  menyediakan  makanan  dan  minuman
               mengikut kadar  berpatutan yang akan dibiayai oleh PVTUDM.

               13.     Keputusan.  Mesyuarat  bersetuju  anggaran  kos  untuk  sajian  majlis  adalah  pada  kadar
               RM15.00 seorang. Dana  yang dikutip melalui  jualan meja akan digunakan untuk menampung
               kos sajian sekiranya diperlukan.


               14.     JUALAN MEJA: Ahli mesyuarat mencadangkan ‘Jualan Meja’ kepada Syarikat-syarikat
               dan Badan Korporat terpilih dengan harga RM1000.00 bagi setiap meja yang mengandungi 10
               tempat duduk. Sasaran minima jualan meja adalah sebanyak 10 buah  bernilai RM10,000.00.

               15.     Keputusan. Pengerusi memutuskan supaya Ahli mesyuarat mendapatkan senarai Badan
               Korporat dan Syarikat yang terpilih untuk dimajukan permohonan jualan meja.



                                                              3
   1   2   3   4   5   6