Page 4 - NOTA PERBINCANGAN HI TEA
P. 4

16.     IMPLIKASI  KEWANGAN:  Perbincangan  anggaran  kos  penganjuran  majlis  ini
               mengambil kira perbelanjaan kritikal dan tambahan yang diperlukan semasa peringkat persiapan
               dan perlaksanaan majlis.

               17.     Keputusan.    Berikut  adalah  anggaran  kos  perbelanjaan  bagi  majlis  tersebut  adalah
               seperti berikut:

                       a.  Makan/minum (250 x RM15.00)                   = RM3,750.00
                       b.  Hiburan & Persembahan                         = RM1,000.00
                       c.  Banting/banner & Backdrop                     = RM350.00
                       d.  Goodies (250 x RM5.00)                        = RM1,250.00
                       e.  Cendera Kenangan Khas (10 x RM30.00)          = RM300.00 (Pembeli Meja)
                       f.  Pelbagai/Pentadbiran                          = RM200.00
                          JUMLAH                                         = RM6,850.00

               18.     PROMOSI & PUBLISITI. Kejayaan majlis ini amat bergantung kepada sambutan dan
               penyertaan dari warga Veteran seluruh negara. Usaha mempromosi dan mewar-warkan majlis ini
               perlu dilaksanakan secara berterusan supaya  lebih  ramai penyertaan semua peringkat pegawai
               dan LLP veteran memberi sokongan kepada usaha mempererat silaturahim dikalangan Veteran
               TUDM.

               19.     Keputusan. Ahli mesyuarat bersetuju supaya semua platform dan media akan digunakan
               untuk  tujuan  promosi  dan  publisiti  mewar-warkan  majlis  Hi-Tea  Veteran  TUDM  dengan
               kerjasama PR TUDM, seperti berikut:

                    a.  Whatsapp Group/individu.
                    b.  Facebook.
                    c.  Instagram.
                    d.  Tweeter.
                    e.  Radio.
                    f.  TV (SPM/MHI)
                    g.  News paper.


               20.     KUTIPAN DERMA HARI PAHLAWAN.  Pengerusi memaklumkan bahawa sempena
               dengan  majlis  tersebut  adalah  dicadangkan  supaya  danjurkan  juga  kutipan  Tabung  Hari
               Pahlawan untuk meningkatkan dana PVTUDM dari semua yang hadir.








                                                              4
   1   2   3   4   5   6