Page 4 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 4
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum w.t dan Salam Sejahtera.....
Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya, kita dapat lagi meneruskan
perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan
Pentadbir SK Ulu Luit 2020 yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku
pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru- guru untuk
melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
In Sya Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip
kerja berpasukan ( teamwork ) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di peringkat
panitia, sekolah, daerah mahupun diperingkat kebangsaan. Moto SKUL “SKULWAYS” yang kita
persetujui perlu direalisasikan. Oleh itu kita perlu bergerak serentak dan senada untuk
mencapai matlamat tersebut. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak
didikan kita berjaya dalam semua aspek.
Sukacita ingin saya katakan di sini dengan pemilihan SK Ulu Luit sebagai salah sebuah sekolah
dalam Program Sekolah Transformasi ( TS25 ) yang mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti di daerah ini mampu meningkatkan lagi pengurusan dan pencapaian kemenjadian murid
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Oleh itu, marilah kita bekerja dengan
seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala keikhlasan dan pengorbanan
kita dilihat dan dinilai oleh-Nya.
Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK Ulu Luit, berupaya dan boleh membuktikan
bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan
negara. Marilah sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.
TN. HJ ALIAS BIN HJ. SAMAH
GURU BESAR
SK ULU LUIT
3

