Page 6 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 6

E-PENGURUSAN SEKOLAH
                                                                    SK ULU LUIT
                                                                    TAHUN 2020




                                  HALATUJU PENDIDIKAN (2018 – 2023)































                6  ASPIRASI MURID DALAM PLAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
                    MALAYSIA (PPPM)


               1. PENGETAHUAN  (PENGETAHUAN  RENTAS  SEMPADAN)  :  Setiap  kanak-kanak  akan
                   dapat membaca, menulis dan mengira , menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik
                   dan Sains  serta mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia.

               2. KEMAHIRAN  BERFIKIR    (KEMAHIRAN  BERFIKIR  ARAS  TINGGI)  :  Setiap  kanak-kanak
                   akan  belajar  cara  mendapatkan  pendidikan  sepanjang  hayat,  cara  menghubung  kait
                   pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru.

               3. KEMAHIRAN  MEMIMPIN  (KEMAHIRAN  INSANIAH)  :  Setiap  kanak-kanak  akan  dapat
                   mencapai  potensi  diri  sepenuhnya  melalui  peluang  bekerja  dalam  kumpulan,  dan
                   memegang peranan kepimpinan secara formal dan informal.

               4. KEMAHIRAN DWI BAHASA: Setiap kanak-kanak pada tahap minima akan dapat menguasai
                   bahasa  Malaysia  dan  bahasa  Inggeris  serta  digalakkan  untuk  mempelajari  bahasa
                   tambahan.

               5. ETIKA DAN KEROHANIAN: Setiap kanan-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh
                   untuk  mendepani  pelbagai  cabaran  kehidupan  dan  membantu  mereka  dengan  berani
                   membuat keputusan yang tepat.

               6. IDENTITI  NASIONAL  :  Setiap  kanak-kanak  tanpa  mengira  agama,  etnik  atau  status
                   sosioekonomi akan merasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.



                                                                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11