Page 100 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 100
PENGURUSAN KURIKULUM 2019
ARAHAN PEPERIKSAAN
1. Guru pengawas masa pertama hendaklah memastikan keadaan bilik darjah sesuai dengan
suasana peperiksaan, khususnya perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.
i) Meja dan kerusi bagi peperiksaan hendaklah disusun mengikut jarak yang sesuai.
ii) Ruang kosong meja jangan menghala ke arah murid.
iii) Segala nota/maklumat di bilik darjah ditanggalkan.
iv) Mencatat MATA PELAJARAN dan MASA kertas peperiksaan di papan hitam.
v) Mengumumkan kepada murid-murid waktu pada setiap ½ jam/1 jam semasa
perjalanan peperiksaan.
vi) 10 minit sebelum tamat sesuatu peperiksaan guru pengawas hendaklah
memaklumkan kepada murid-murid bahawa masa hanya tinggal 10 minit sahaja.
2. Murid-murid mesti berada di sekolah mengikut waktu persekolahan biasa sepanjang masa
peperiksaan dijalankan.
3. Murid-murid yang tidak mengambil mana-mana mata pelajaran mesti hadir ke sekolah
seperti biasa dan berada di bahagian belakang kelas semasa peperiksaan dijalankan.
4. Murid-murid mesti menggunakan kertas jawapan (test pad) yang disediakan oleh pihak
sekolah.
5. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan cecair pemadam (liquid paper) pada kertas
jawapan.
6. Semasa mengawas peperiksaan guru “TIDAK DIBENARKAN MEMBACA MAJALAH,
SURAT KHABAR ATAU MENGGUNAKAN TELEFON ”.
7. Guru hendaklah melaporkan kepada guru mata pelajaran, Penolong Kanan dan Pengetua,
jika terdapat mana-mana murid yang meniru/membenarkan murid lain meniru. Murid yang
disahkan meniru/membenarkan murid lain meniru akan dianggap GAGAL bagi seluruh
peperiksaan.
8. Guru-guru yang mengajar pada masa KEENAM/ KETUJUH hendaklah masuk pada waktu
rehat, sekiranya peperiksaan masih dijalankan di kelas tersebut.
9. Guru-guru yang tidak mengajar pada waktu tertentu dikehendaki pergi ke Dewan/kelas
pada masa berikutnya sebelum loceng berbunyi untuk melicinkan pengawasan
peperiksaan.
10. Guru-guru yang tidak dapat mengendalikan pengawasan atas sebab-sebab
kesihatan/rasmi hendaklah memberitahu Pengetua/Penolong Kanan.
11. Guru tingkatan mesti memastikan kebersihan BILIK DARJAH semasa peperiksaan.
12. Guru pengawas hendaklah menyerahkan skrip jawapan kepada Pemeriksa Kertas Mata
Pelajaran sebaik sahaja tamat peperiksaan/ SU Peperiksaan (Fail SPSK) di bilik
peperiksaan. BORANG PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN MURID perlu dilengkapkan
dan di tanda tangani sebagai tanda pengesahan penyerahan. Jika skrip-skrip jawapan
tidak dapat diserahkan kepada Pemeriksa atas sebab-sebab tertentu, hendaklah
diserahkan kepada Penolong Kanan.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 77
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

