Page 95 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 95
PENGURUSAN KURIKULUM 2019
PROSEDUR SEMAKAN HASIL KERJA MURID
10. Pengetua membuat semakan semua hasil kerja murid untuk Penolong Kanan, Guru
Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan semua guru dari semasa ke semasa.
11. Penolong Kanan Pentadbiran membuat semakan semua hasil kerja murid untuk Guru
Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.
12. Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum membuat semakan semua hasil
kerja murid untuk 3/4 orang guru masing-masing.
13. Guru Kanan Mata Pelajaran membuat semakan semua hasil kerja murid untuk Ketua
Panitia dan guru-guru di bawah seliaan masing-masing.
14. Ketua Panitia membuat semakan semua hasil kerja murid untuk guru-guru di bawah
seliaan masing-masing.
15. Semakan Hasil Kerja Murid bermula pada bulan Februari hingga bulan Oktober.
16. Jadual Semakan Hasil Kerja Murid disediakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dan
diselaraskan dengan Penolong Kanan Pentadbiran.
17. Guru-guru hendaklah bersedia untuk Semakan Hasil Kerja Murid pada bila-bila masa.
18. Semasa Semakan Hasil Kerja Murid, guru-guru diminta:
a. Menyediakan 5 set hasil kerja murid yang dipilih secara rawak.
b. Menyediakan borang Semakan Hasil Kerja Murid.
10. Pegawai Penyemak akan menyediakan laporan Semakan Hasil Kerja Murid
dan membentangkan dalam mesyuarat Kurikulum /Panitia/ Guru.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 72
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

