Page 64 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 64
PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
Tugas dan tanggungjawab:
1. Menyelia kakitangan sekolah.
2. Memastikan kesemua kakitangan sekolah dapat bertugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.
3. Memastikan segala tugas dilaksanakan dengan sempurna dan berkualiti.
4. Mengenalpasti masalah dan memberi khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan yang sewajarnya.
5. Menjaga kebajikan semua kakita
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
8. JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT
Tugas dan tanggungjawab:
1. Membantu menyelaras pengurusan sistem melibatkan pengurusan data seperti EMIS, APDM
(Aplikasi Pengkalan Maklumat Murid), SMA (Sistem Maklumat Asrama), EG Tukar (Pertukaran Guru
Online), PBPPP (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), SAP (Sistem Analisa
Peperiksaan), sistem pemarkahan Kokurikulum, jadual waktu, SDDM (Sistem Salah Laku Disiplin
Murid), SKPMg2 dan sebagainya yang terlibat.
2. Mewujudkan dokumen khusus (sekiranya perlu) untuk memudahkan pengurusan data dibuat untuk
mengelak masalah keciciran data.
3. Memberi pengetahuan dalam aspek teknikal melalui kursus dalaman (in house training) berkenaan
dengan pengurusan sistem masing-masing.
4. Mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
9. JAWATANKUASA PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Tugas dan tanggungjawab:
1. Merancang jadual LDP.
2. Menguruskan pelaksanaan, perjalanan kursus, bertanggungjawab menjemput penceramah,
menyediakan peralatan seperti LCD,Sistem siaraya, perbanyakkan bahan-bahan edaran kursus dll
3. Menyediakan kertas kerja, menyediakan sijil penyertaan guru dan dokumentasi jika berkaitan.
4. Memastikan semua guru dan kakitangan bukan guru sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh
komited dan berdedikasi.
5. Merancang pelbagai program yang dapat memotivasikan guru dan kakitangan bukan guru dalam
menjalankan tugasnya supaya lebih kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan hasil kerja yang
lebih produktif dan berkualiti.
6. Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi.
7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
10. JAWATANKUASA PENILAIAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
Tugas dan tanggungjawab:
1. Mengedar borang prestasi dan memberi taklimat mengenainya.
2. Menyemak dan menilai borang prestasi berkenaan.
3. Mengadakan mesyuarat dan menentukan prestasi guru dan kakitangan.
4. Menyemak, Menilai, Merekod dan menghantarnya ke PPD dan JPN.
11. JAWATANKUASA PENARAFAN SEKOLAH / SKPMg2
Tugas dan tanggungjawab:
1. Memahami dan mengkaji SKPMg2 standard 1 hingga 5.
2. Berbincang dan melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS).
3. Merumus dan memutuskan keputusan dan mendokumentasikan (PKS).
4. Menyedia, melaksana dan memantau Rancangan Kemajuan Sekolah (RKS).
5. Menilai pencapaian Standard Kualiti Sekolah dan membuat penambahbaikkan.
6. Menghantar maklumat yang telah diisi secara atas talian ke PPW & JPNWP dan dokumentasi.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 45
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

