Page 91 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 91
PENGURUSAN KURIKULUM 2019
PROSEDUR PENCERAPAN PdPc GURU
1. Pengetua mencerap semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan semua
guru dari semasa ke semasa.
2. Penolong Kanan Pentadbiran mencerap semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.
3. Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum mencerap 3/4 orang guru masing-masing.
4. Guru Kanan Mata Pelajaran mencerap Ketua Panitia dan guru-guru di bawah seliaan masing-masing.
5. Ketua Panitia mencerap guru-guru di bawah seliaan masing-masing.
6. Pencerapan akan bermula pada bulan Januari hingga bulan Ogos.
7. Jadual pencerapan PdPc guru disediakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dan diselaraskan bersama
Penolong Kanan Pentadbiran .
8. Guru-guru hendaklah bersedia untuk dicerap pada bila-bila masa.
9. Semasa pencerapan, guru-guru diminta:
a. Menyediakan tempat duduk pencerap.
b. Membawa Buku Rekod Mengajar, Sukatan Pelajaran/ DSKP, Huraian Sukatan Pelajaran dan
Rancangan Pelajaran Tahunan bersama-sama.
c. Menyediakan 5 set hasil kerja murid yang dikutip secara rawak untuk disemak oleh pencerap
semasa pencerapan berlangsung.
.JADUAL PENCERAPAN GURU TAHUN 2019
TARIKH TARIKH
KALI PERTAMA LAPORAN KALI KEDUA LAPORAN
JANUARI - MAC APRIL MEI - JULAI OGOS
Catatan:
Jadual pencerapan di atas tertakluk kepada perubahan.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 68
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

