Page 5 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 5

Sekapur Sirih Seulas Pinang
                        Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera,

                       Alhamdulillah  syukur   kehadrat    Allah  swt  kerana  dengan  izinNya,
                       kita   semua  diberi  ruang   dan   peluang    untuk  terus  menjalankan

                       amanah  dan    tanggungjawab    untuk   membina  modal  insan  yang
                       cemerlang.


                       Pendidikan   yang  berkualiti   menjamin masa depan yang  lebih cerah
                       Dalam   mengharungi  cabaran  abad ke  21 yang semakin hari semakin
                       kompleks     dan    mencabar.  Para  pelajar  perlu   melengkapkan   diri
                       dengan   kemahiran   yang   releven   sesuai dengan   tuntutan  semasa
                       untuk persediaan pada  masa akan datang. Antara kemahiran tersebut
                       ialah     penguasaan     bahasa     kedua,     kemahiran   ICT,   kemahiran
                       berfikir   dan  kemahiran   sosial   sepert kemahiran berkomunikasi dan
                       kemahiran bekerja dalam pasukan.
                        Semua    guru   perlu  mengambil  pendekatan   menyeluruh   dan   bersepadu  terhadap hasil

                        Kemenjadian  murid.  Kemenjadian  ini  dijuruskan  kepada  pembangunan  modal  insan yang
                        bersepadu dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya ini adalah bertujuan
                        untuk   melahirkan  murid  yang  tinggi  akhlaknya,  menguasai  ilmu  dan kemahiran, memiliki
                        ketrampilan  dan   mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri keluarga, masyarakat dan
                        negara.

                        Sehubungan  itu  saya  menyeru  agar semua guru terus mengambil langkah aktif dan proaktif
                        untuk mendedahkan pelajar kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dapat
                        memupuk  mereka  menjadi   warganegara   yang   mempunyai  jati diri yang tinggi, berfikiran

                        progresif, maju dan prihatin.


                        Saya   berharap   semua   guru   berupaya   mengaplikasikan  amalan terbaik dalam pelaksanaan
                        pengurusan dan kepimpinan serta pedogogi dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan

                        hasrat   yang   terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025.
                        Pendidikan sekarang adalah kearah melahirkan modal insan unggul melalui:

                        i) Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
                        ii) Disokong dengan kepimpinan yang berkualiti
                        iii) Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
                        iv) dan akhir sekali perlu ada komitmen komuniti sekeliling yang padu.

                        Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat
                        menyediakan  pendidikan  yang  berkualiti kepada  anak murid  kita serta  mewujudkan  sistem
                        pendidikan bertaraf dunia.

                        Akhir  kata, tahniah dan syabas kepada  semua guru yang  terlibat  dalam  merealisasikan slogan
                        zon Sentul iaitu “Sentul Sentiasa Unggul”. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan daripada
                        Allah Yang Maha Esa . Aamin
                                                                                Daripada:
                                                                                Pn. Hajah Masliah binti Talib
                                                                                Pengetua
                                                                                SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
                                                                       PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019   iv
                                                                SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10