Page 8 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 8
PENGURUSAN PENTADBIRAN AM 2019
OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat
menengah bertujuan untuk membolehkan pelajar:
i) Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
berkesan.
ii) Mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahawa ilmu ke arah mencapai
perpaduan negara.
iii) Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif.
iv) Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
v) Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-
kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu
pengetahuan dan teknologi.
vi) Memiliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi
cabaran hidup.
vii) Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-
budaya negara.
viii) Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.
ix) Peka, prihatin dan menghargai alam serta nilai-nilai estetika.
x) Memiliki dan menghayati nilai-nilai murni.
xi) Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk
menambahkannya dan mengembangkannya.
xii) Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.
MOTTO SEKOLAH
“ USAHA TANPA JEMU ”
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 2
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

