Page 63 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 63
PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019
BIDANG TUGAS
JAWATAN KUASA PENGURUSAN & PENTADBIRAN TAHUN 2019
1. JAWATAN KUASA PENGURUSAN
Tugas dan tanggungjawab:
1. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum, sahsiah murid dan kokurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah.
3. Membimbing kakitangan akademik dan sokongan dalam menjalankan tugas harian mereka.
4. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan.
5. Lain-lain tugas seperti yang terdapat dalam Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH
Tugas dan tanggungjawab:
1. Memastikan segala perbelanjaan mengikut arahan jabatan.
2. Merekod dan mengemaskinikan segala perbelanjaan yang dilakukan.
3. Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.
4. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
5. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada guru tingkatan.
6. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
7. Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan.
8. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
9. Memastkan semua pembelian/pembayaran dibuat mengkut peraturan kewangan.
10. Menyelenggara buku tunai KERAJAAN/SUWA/PANJAR WANG RUNCIT.
11. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam buku tunai KERAJAAN/SUWA/
PANJAR WANG RUNCIT.
5. Bermesyuarat sekurang-kurang 4 kali setahun
3. JAWATANKUASA SEBUT HARGA DAN HARTA MODAL
Tugas dan tanggungjawab:
1. Menimbang dan memilih tender, sebutharga dan pajakan yang disertai oleh pemborong/kontraktor
sesuatu projek yang dilaksakan oleh sekolah.
2. Menentukan tender, sebutharga dan pajakan dibuka sebaik sahajatender, sebutharga atau pajakan
ditutup.
3. Membuat keputusan ke atas pemberian tender, sebutharga dan pajakan.
4. Mendengar dan mempertimbangkan rayuan-rayuan, bantahan cukai taksiran dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
5. Mempertimbangkan kaedah-kaedah bagi meningkatkan kutipan cukai pintu.
4. JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN ASET SEKOLAH
Tugas dan tanggungjawab:
1. Menyemak dan mengenal pasti kedudukan aset.
2. Memastikan semua aset alih dan tidak alih kerajaan didaftar pada kad-kad tertentu
(Kad Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Stok Pejabat).
3. Merekodkan semua penerimaan/pembelian dalam
4. Membuat senarai inventori dan memastikan semua harta sekolah dilabelkan.
5. Mengenalpasti keperluan perabot.
6. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu.
7. Memastikan semua harta benda sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.
8. Menguruskan hapuskira barang rosak mengikut keperluan.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 43
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

