Page 64 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 64
PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019
9. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
5. JAWATANKUASA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK
Tugas dan tanggungjawab:
1. Membuat Perancangan Strategik 3 tahun sekali.
2. Merancang pelan taktikal dan operasi yang akan dilaksanakan pada tahun tersebut.
3. Menyusun dan menjilidkan plan strategik dan pelan taktikal dan operasi tahunan tersebut.
4. Memastikan semua plan strategik yang dirancang dilaksanakan dengan berkualiti.
5. Membuat laporan aktiviti tersebut di akhir tahun.
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
6. JAWATANKUASA PENGURUSAN ICT
Tugas dan tanggungjawab:
1. SETIAUSAHA
i. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT sekolah.
ii. Menguruskan latihan dan kursus dalaman.
iii. Menguruskan kewangan jawatankuasa ICT sekolah.
iv. Menyelaras perlaksanaan segala perancangan ICT sekolah.
v. Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah.
vi. Menyediakan jadual penggunaan makmal dan guru bertugas.
vii. Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah.
viii. Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT sekolah.
2. JAWATANKUASA BLOG/WEB/FROG
i. Merancang dan melaksanakan program blog / web / frog sekolah.
ii. Menghasilkan, mengurus dan mengemaskini blog / web / frog sekolah.
3. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN
i. Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan bahan-bahan
perisian.
ii. Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal.
iii. Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan
keceriaan makmal komputer.
iv. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal
memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
v. Membaikpulih komputer-komputer yang mengalami kerosakan.
vi. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
4. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS
i. Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas
yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
ii. Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
iii. Membantu jawatankuasa-jawatankuasa lain dalam melaksanakan aktiviti.
iv. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
5. JAWATANKUASA PERSEMBAHAN DAN DOKUMENTASI DIGITAL
i. Menyiapkan bahan persembahan digital seperti yang dikehendaki oleh pihak
pengurusan sekolah.
ii. Mendokumentasikan persembahan yang dihasilkan dalam bentuk cakera padat.
6. JAWATANKUASA MAKMAL MULTIMEDIA
i. Memastikan tahap keselamatan makmal dalam keadaan memuaskan.
ii. Menguruskan penggunaan makmal oleh guru dan pelajar.
iii. Menguruskan stok, inventori dan harta modal.
iv. Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
v. Menyusun dan mengemaskini laman web sekolah.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019 44
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

