Page 3 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 3
KONSEP PERUBATAN
Soalan 1:
Akhir-akhir ini rawatan alternatif semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Apakah yang dimaksudkan dengan perawatan alternatif, dan adakah ia berbeza dengan
rawatan konvensional (alopati)?
Jawapan:
Perawatan bermaksud perihal (perbuatan) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan,
pembelaan dan penjagaan. Perkataan-perkataan yang sinonim ini memberikan makna yang
1
sama iaitu kelakuan bagi tujuan memastikan sesuatu itu terus atau kembali berada dalam
keadaan yang baik.
Perawatan dilihat sebagai suatu yang lebih khusus daripada perubatan. Ini dapat dilihat
dalam pernyataan Dr. Haron Din: “Asas perubatan ada dua: iaitu penjagaan diri dan rawatan.”
2
Daripada pernyataan ini dapat dirumuskan bahawa perawatan adalah cabang daripada
perubatan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa proses perawatan turut mempunyai
unsur-unsur penjagaan diri tetapi pada tahap yang amat minima.
Sememangnya penggunaan perkataan perubatan membawa makna yang luas. Kamus
Pelajar menyatakan makna perubatan dengan pengertian yang luas iaitu “semua perkara yang
3
bersangkutan dengan hal berubat”. Dari sudut morfologi perkataan “perubatan” mempunyai
perbezaan yang agak signifikan dengan perkataan “pengubatan.” Pengubatan membawa
makna yang lebih khusus iaitu “perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit, dan
sebagainya)”. Ia mempunyai pengertian yang hampir dengan perkataan perawatan.
4
5
Alternatif bermaksud satu pilihan antara dua pilihan. Pengertian dari sudut bahasa yang
dikemukakan ini memberikan nilai yang sama antara kedua-dua pilihan tanpa melebihkan
satu pilihan atas pilihan yang lain. Justeru, dari sudut bahasa, perawatan alternatif adalah
merupakan satu pilihan lain kepada jenis perawatan yang telah sedia ada dan diguna pakai
secara meluas oleh masyarakat. Kefahaman ini sedikit berbeza dengan kefahaman yang
dikemukakan dalam Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang meletakkan superioriti
perubatan alopati ke atas pengubatan Islam. 7
6
Dari sudut penggunaan istilah “perawatan alternatif”, Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPTK, KKM) telah
menggambarkannya sebagai kaedah perawatan yang berlainan daripada kaedah perawatan
konvensional atau moden. Ia bersesuaian dengan penggunaan Dasar Perubatan Tradisional
8
dan Komplementari Kebangsaan yang telah memberikan definisi Amalan Perubatan
Tradisional dan Komplementari (Traditional & Complementary Medicine Practice) sebagai
“amalan perubatan tradisional dan komplementari yang diamalkan bersama, selain daripada
perubatan atau pembedahan oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang terkandung
dalam Akta Perubatan 1971.” 9
Sehubungan dengan itu, kedapatan pelbagai bentuk perawatan alternatif yang tersebar
dalam kalangan masyarakat. BPTK, KKM telah menyenaraikan 6 jenis amalan dengan jenis-
10
jenis modaliti bagi setiap jenis amalan iaitu :
Dapat dirumuskan bahawa “perawatan alternatif” merujuk kepada kaedah perawatan
yang berlainan daripada kaedah perawatan konvensional atau moden tetapi mempunyai nilai
yang setara mengikut keadaan dan keperluan.11 Namun begitu, dari sudut objektif kedua-
duanya adalah sama, iaitu untuk memberikan kesembuhan dan kesejahteraan.
3

