Page 6 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 6

BERUBATLAH WAHAI ANAK ADAM

              Soalan 4:
              Ada orang berpendapat perubatan Islam hanya dalam bentuk jampi  sahaja. Benarkah
              pernyataan ini?

              Jawapan:
                  Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, perubatan Islam perlu difahami  dengan
              dimensi yang luas dan mencakupi. Ianya tidak wajar dibataskan kepada “kaedah rawatan yang
              menggunakan doa-doa, yang merangkumi pelbagai ungkapan kata yang mengandungi kata-
              kata pengaruh Islam”  sahaja. Sehubungan dengan itu, perubatan Islam tidak dibataskan pada
                             28
              satu-satu cara rawatan yang tertentu sahaja. Malahan cara rawatan yang disyorkan oleh Islam
              ialah apa jua cara rawatan yang sesuai, baik dengan menggunakan akar kayu, ubat-ubatan
              moden,  pembedahan,  mahupun  dengan  cara  psikologi  dan  metafizik.  Oleh itu, dapatlah
                                                                 29
              disimpulkan bahawa perubatan Islam merupakan sistem perubatan yang luas yang meliputi
              pelbagai bentuk perubatan selagi mana tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas Islam.
              Konsep asas dalam perubatan Islam berdiri atas konsep tauhid dan ia tidak terhad kepada
              jampi sahaja.

              Soalan 5:
              Adakah Rasulullah SAW. menerima aplikasi konsep perubatan berasaskan saintifik pada
              zaman baginda?

              Jawapan:
                  Meneliti penerimaan Rasul SAW terhadap konsep perubatan berasaskan saintifik pada
              zaman  baginda  SAW,  didapati  bahawa  konsep  perubatan  berasaskan  saintifik  merupakan
              sebahagian daripada kaedah perawatan yang diterima pakai pada zaman tersebut. Beberapa
              hujah dapat menyokong pandangan ini:
                     i.    Islam secara asasnya menerima kajian empirikal yang menjadi asas kepada
                          perubatan moden. Namun begitu, para saintis Islam telah memberikan wajah
                          baru  kepada kajian empirikal yang menolak norma-norma yang bertentangan
                          dengan ajaran Islam seperti fahaman materialisme, pragmatisme, atheisme,
                          penolakan  terhadap  wahyu, kepincangan,  wasatiyyah,  penolakan  terhadap
                          hubungan  antara  kebendaan  dan  kerohanian,  kepincangan  daripada
                          objektif  kemanusiaan,  ketauhidan  dan tumpuan  kepada  keeropahan  yang
                          meminggirkan nilai universal. 30
                     ii.   Al-Quran al-Karim mengandungi pelbagai ayat yang membicarakan tentang
                          perkara-perkara saintifik dalam pelbagai bidang. 31
                    iii.   Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Afranjah r.a. telah kehilangan hidung beliau
                          dalam  salah sebuah peperangan. Beliau  kemudiannya  telah menggunakan
                          hidung palsu yang diperbuat daripada perak. Oleh kerana penggunaan hidung



                                               6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11