Page 8 - DSKP PEMULIHAN KHAS BM
P. 8

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
                                                                                                                                    PROGRAM PEMULIHAN KHAS
                KATA PENGANTAR


                                         Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
                                         Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

                                         Dalam  memartabatkan  Sistem  Pendidikan  Negara,  penyeragaman  program  adalah  amat  penting  agar  ianya  dapat
                                         bergerak beriringan memacu kejayaan. Justeru itu, penerbitan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan
                                         Khas Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 2019 ini dibina bagi mencapai hasrat berkenaan agar pelaksanaan Program
                                         Pemulihan tidak ketinggalan dengan perubahan iklim pendidikan masa kini, terutamanya dengan pelaksanaan Kurikulum
                                         Standard Sekolah Rendah (Semakan).

                Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik ini dihasilkan dengan mengambil kira keperluan guru
                pemulihan untuk membimbing dan memberi peluang kepada murid pemulihan untuk mencapai potensi diri, dan seterusnya dapat bersaing dengan
                rakan-rakan lain di arus perdana. Selain itu, Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik ini juga
                diharapkan dapat dijadikan bahan rujukan penting untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru pemulihan dengan mengambil kira realiti sebenar,

                di mana setiap murid mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza.

                Akhir kata, Bahagian Pendidikan Khas, mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan
                penerbitan  buku  ini.  Saya  amat  berharap  semoga  buku  ini  dapat  menjadi  sumber rujukan guru-guru  yang  ingin mendapatkan maklumat  serta
                memperkayakan pedagogi untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pemudahcaraan.

                Sekian, terima kasih.


                Encik Shazali bin Ahmad
                Pengarah
                Bahagian Pendidikan Khas,
                Kementerian Pendidikan Malaysia



                                                                                     1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13