Page 117 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 117

Dengan  nama  Allah  yang  maha  pemurah  lagi  maha  pengasih.  Alhamdulillah,

               setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya, Manual
               Panduan dan Tatacara Pengurusan HEM ini dapat disediakan.


                       Sekalung penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa  Unit Hal Ehwal Murid dan
               semua  warga  SK  SERI  ISKANDAR  (  SKSI  )  yang  telah  memberikan  khidmat  yang  baik

               sepanjang tahun 2020 dalam pengurusan Unit Hal Ehwal Murid. Semoga segala usaha dapat
               diteruskan dan dimantapkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

                       Selaku pendidik khasnya, amat penting bagi kita sama-sama mencapai cita-cita

               membina  Negara  Bangsa  yang  Cemerlang,  Gemilang  dan  Terbilang. Perancangan  yang
               rapi dan mantap tidak akan membawa apa-apa makna jika sekiranya tidak diikuti dengan

               komitmen dan kesungguhan yang teliti dan bijaksana daripada semua pihak.

                        Manual Panduan dan Tatacara Pengurusan HEM ini merupakan garis panduan asas

               untuk kita merancang dan melaksanakan gerak kerja pada tahun 2021. Oleh itu, marilah kita
               sama-sama  bertekad  untuk  melaksanakan  tanggungjawab  dan  amanah  yang  diberi  ini

               sebagai amal dan ibadah kita kepada Allah Subhanallahuwata’ala.



                       Sekali  lagi  saya  mengucapkan  berbanyak  terima  kasih  dan  setinggi-tinggi
               penghargaan kepada semua guru atas komitmen yang telah lalu dan berharap agar ianya

               akan diteruskan dengan penuh keikhlasan pada masa-masa akan datang.

               Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas.









               PUAN HARLINA BINTI MOHD HAKIM
               PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

               SK SERI ISKANDAR



                                                                                       SKSI SMART
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122