Page 121 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 121

4.2.1     Mulai tahun 2019, BJKM hanya digunakan oleh kelas-kelas
                                          prasekolah  dan  sekolah-sekolah  yang  tidak  ada  capaian
                                          internet.
                                4.2.2     Bagi sekolah-sekolah yang ada capaian internet seperti SK
                                          Seri  Iskandar  ini,  kehadiran  murid  akan  terus  direkodkan
                                          dalam e-Kehadiran melalui sistem APDM.
                                4.2.3     Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan
                                          pertama persekolahan (Januari).
                                4.2.4     Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum
                                          pukul 8.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang
                                          datang  lewat  dan  murid  ponteng  sekolah.  Murid  yang
                                          datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah
                                          perlu  menyediakan  rekod  nama,  kelas,  masa  tiba  dan
                                          sebab  kelewatan  untuk  tujuan  nasihat  dan  tindakan
                                          penambahbaikan.
                                4.2.5     Guru  Kelas  bertanggungjawab  dalam  memastikan
                                          kebersihan,  kekemasan  dan  keselamatan  Buku  Jadual
                                          Kedatangan.  Cecair  pemadam  tidak  boleh  digunakan.
                                          Segala  kesilapan  hendaklah  dipotong  dan  ditandatangan
                                          ringkas.
                                4.2.6     Semua  BJKM  hendaklah  sentiasa  berada  di  pejabat
                                          sekolah  untuk  memudahkan  Penolong  Kanan  HEM  dan
                                          Pembantu Tadbir merekodkan data kehadiran murid.
                                4.2.7     Guru  Kelas  /  pegawai  yang  dilantik  oleh  sekolah  akan
                                          memasukkan  data  kehadiran  murid  ke  dalam  Sistem  e-
                                          Hadir  secara  atas  talian  (on-line)  melalui  sistem  APDM
                                          sebelum pukul 9.30 pagi setiap hari persekolahan.
                                4.2.8     BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-
                                          tiap bulan berikutnya.
                                4.2.9     BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:




                                            Murid hadir

                                            Tidak hadir tanpa sebab

                                            Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)
                                            Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar / Pengetua (dikira
                                            tidak hadir)

                                            Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)

                                            Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)

                                            Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak
                                            hadir)





                                                                                       SKSI SMART
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126