Page 77 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 77
8.7.4 Penolong Kanan Kokurikulum
8.7.5 Ketua Panitia / Mata Pelajaran.
8.8.1 Tugasan murid akan diselia oleh pihak pengurusan dua kali setahun.
8.8.2 Semua guru akan menyerahkan 10 buah buku latihan secara rawak dari setiap kelas
yang diajar untuk disemak oleh ketua panitia.
8.8.3 Semua ketua panitia dikehendaki menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar dan
kelas yang diajar kepada Guru Penolong Kanan Akademik untuk disemak.
8.8.4 Semua Penolong Kanan hendaklah menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar
kepada Pengetua untuk semakan.
8.9.1 Setiap bukti pentaksiran (evidence) mestilah disimpan di tempat yang selamat dan
mudah dipantau.
8.9.2 Semua bahan bukti pentaksiran (evidence) hendaklah disimpan selama tempuh tiga
(3) tahun sebelum dicadangkan untuk hapuskira.
8.10.1 Semua Pelajar mestilah menyiapkan kerja kursus seperti yang ditetapkan oleh
guru/panitia
8.10.2 Urusan penskoran pelajar yang berpindah hendaklah diuruskan oleh pihak sekolah.
8.10.3 Setiap panitia perlu mengeluarkan sijil PBS kepada setiap pelajar.
8.11.1 Pentaksir sekolah terdiri daripada guru matapelajaran yang ditetapkan oleh
sekolah
8.11.2 Ketua pentaksir sekolah (ketua panitia) akan mengambil alih tugas pentaksir
sekiranya berlaku kes-kes khas.
8.11.3 Setiap pentaksir perlu diberi surat pelantikan oleh pihak sekolah bagi tahun
semasa.
8.12.1 Mata pelajaran yang ditaksir adalah berdasarkan arahan Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
8.12.2 Setiap pentaksir mesti akur dan patuh kepada Jadual Kerja yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan dan Sekolah
8.12.3 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan mengikut piawaian format Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
8.12.4 Pentaksir digalakkan mengadakan pemeriksaan semula pentaksiran sekiranya
pelajar tidak mencapai tahap yang diperlukan atau tidak puas hati dengan markah
yang diperolehi (peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan sahaja).
8.12.5 Surat pemberitahuan pelaksanaan pentaksiran perlu diedarkan kepada ibubapa
untuk maklumat dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibubapa pelajar.
SKSI SMART

