Page 78 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 78
9.1.1 Sebuah jawatankuasa perkembangan staf hendaklah diwujudkan di sekolah bagi
merancang dan menentukan kandungan serta hala tuju kursus yang dilaksanakan.
9.1.2 Mesyuarat boleh dilakukankan sekurang-kuranngnya 3 kali setahun mengikut
keperluan sekolah.
9.1.3 Setiap guru dikehendaki menghadiri tidak kurang dari 7 hari dalam setahun dan
dicatatkan dalam kad biru yang disediakan dan ditandatangani oleh urusetia
kursus.
9.1.4 Kursus-kursus dalaman (in house training) boleh diadakan mengikut keperluan
sekolah dengan menyediakan proses pelaksanaannya :-
9.1.5 Mengedarkan borang keperluan dan senarai kursus untuk dipilih oleh guru.
9.1.6 Menganalisis semua borang dan menentukan kandungan kursus yang lebih
utama dan diperlukan.
9.1.7 Keutamaan kursus yang hendakl dilaksanakan adalah yang boleh
mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran P&P guru di dalam kelas.
9.1.8 Penilaian impak kursus perlulah dilakukan bagi menilai keperluan membuat
kursus susulan dan sebagainya kepada para guru. Cadangan penambahbaikan
hendaklah disediakan sekiranya terdapat kekurangan dalam pelaksanaan kursus.
9.1.9 Laporan perkembangan staf hendaklah dihantar ke PPD, JPN dan Bahagian
Pendidikan Islam.
9.1.10 Salinan kad biru yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan,
Jabatan Pendidikan Negeri untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan
(BRP) di awal tahun berikutnya.
9.2.1 Sebuah jawatankuasa kajian tindakan hendaklah ditubuhkan di bawah
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua.
9.2.2 Jawatankuasa perlulah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
mengikut keperluan sekolah.
9.2.3 Setiausaha hendaklah dilantik dari kalangan guru yang memiliki pendidikan
peringkat Sarjana.
9.2.4 Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengenal pasti isu-isu penting yang
berlaku di sekolah dan menentukan topik yang perlu dibuat kajian tindakan.
9.2.5 Kumpulan kajian tindakan ditentukan oleh pihak Pengurusan Sekolah dan
diselia oleh seorang mentor bagi setiap kumpulan.
9.2.6 Jawatankuasa hendaklah dimaklumkan tentang perkembangan kajian tindakan
tersebut dalam mesyuarat.
9.2.7 Pembentangan hasil kajian hendaklah dibuat dalam mesyuarat JKuasa dan
diikuti dengan keputusan cadangan tindakan kepada pihak pengurusan sekolah.
9.2.8 Hasil kajian juga perlu dibentang dalam mesyuarat guru bersama dengan
keputusan-keputusan jawatankuasa untuk dilaksanakan oleh warga sekolah.
9.2.9 Hasil kajian tindakan dan laporan pelaksanaan hendaklah dihantar ke Unit
Kurikulum JPN (Sektor Pendidikan Islam), Bahagian Pendidikan Islam dan
EPRD.
SKSI SMART

