Page 2 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 2

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2021

                                             ALU-ALUAN DARIPADA PENGETUA

                  All  praises  due  to  Allah  the  al-Mighty,  the  Most  Gracious  and  the  Most  Merciful.  Alhamdulillah,
                  setinggi-tinggi  kesyukuran  kita  rafa’kan  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  limpah  kurnia  dan
                  keizinan-Nya, saya diberikan kesempatan untuk menitipkan sepatah dua kata dalam kata alu-aluan
                  bagi Manual Pengurusan Sekolah (MPS) SMK. Menjalara (SMKM) tahun 2021 ini.

                  Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Penyediaan MPS ini khususnya kepada semua
                  Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
                  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan MPS ini. Penghasilan MPS ini
                  sangat penting kepada semua pendidik dan AKP di SMKM ini sebagai rujukan dan garis panduan
                  dalam rangka melaksanakan tugas dengan lebih amanah, efisien dan berintegriti.

                  Dalam membentuk kemenjadian murid dan melahirkan generasi yang mampu bersaing ditambah
                  pula  dengan  penghayatan  norma  baharu  sekarang  ini,  semua  warga  pendidik  termasuk  AKP
                  merupakan  arkitek  sosial  yang  perlu  memikul  tanggungjawab  dan  amanah  yang  besar  dalam
                  mendidik, menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk peribadi dan sahsiah, melatih kemahiran
                  sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum.
                  Adalah  diharapkan  MPS  ini  dapat  membantu  para  guru  serta  warga  pendidik  di  SMKM  ini
                  merencanakan program dengan lebih awal dan sistematik di sepanjang tahun 2021 ini agar output
                  yang dihasilkan mampu melengkapi landskap pembelajaran dengan lebih terancang, terkawal dan
                  sempurna dalam pembentukan modal insan yang berkualiti.

                  Akhir kalam, saya yakin dan percaya dengan penglibatan semua pihak dalam membudayakan bekerja
                  sebagai satu pasukan “espirit de corp” mampu membuahkan hasil yang cemerlang, gemilang dan
                  terbilang. Muafakat membawa berkat. Pepatah Inggeris ada mengatakan “Life is like a camera, focus
                  on what’s important, and you will capture it perfectly”.

                  Sekian.
                  HAJI RUSHDI BIN HAJI MOHAMED
   1   2   3   4   5   6   7