Page 7 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 7
PIAGAM PELANGGAN
KAMI WARGA SMK MENJALARA DENGAN PENUH TEKAD DAN BERILTIZAM BERIKRAR DAN
BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
1. Memastikan semua murid berhak belajar di sekolah ini mulai hari pertama sesi
persekolahan baharu dimulakan mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Menyediakan jadual waktu persekolahan dan diagihkan kepada guru dan murid sehari
sebelum sesi persekolahan bermula.
3. Memastikan semua murid mendapat 1 kerusi, 1 meja dan buku teks pada hari pertama
persekolahan.
4. Memastikan peperiksaan awam dan dalaman dijalankan dengan baik, keputusan dan
analisis peperiksaan dalaman diperoleh 2 minggu selepas peperiksaan tamat.
5. Menyiapkan dan memproses surat pertukaran murid dalam tempoh 2 hari.
6. Mengambil tindakan/ menjawab surat-surat daripada PPD, JPN dan agensi lain yang
berkaitan dalam tempoh masa yang diminta.
7. Mengeluarkan sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah sebelum keputusan
peperiksaan SPM diumumkan.
8. Mengeluarkan surat pemberitahuan pemotongan nama murid dari pendaftaran
selepas 3 kali surat peringatan dihantar kepada keluarga murid.
9. Mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam mengambil tindakan disiplin dan tatatertib kepada guru dan murid.
10. Memastikan pengurusan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-
kehendak pelanggan dengan :
• Sentiasa memberikan layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam
tempoh 5 minit
• Menentukan segala surat aduan dan surat rayuan kepada SMK Menjalara dan
diberi jawapan dalam masa 2 minggu dari tarikh ianya diterima.
11. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina
daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan pendidikan.
3

