Page 12 - Takwim SKSO 2021
P. 12

SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan  Othman telah mula dibina dalam tahun 1961 dan siap sepenuhnya pada awal
        1962. SK Sayed Othman mula beroperasi sepenuhnya dalam bulan Februari 1962. Ia bermula dengan

        6 buah kelas sahaja iaitu satu kelas setiap tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pengambilan pertama

        murid SK Sayed Othman adalah murid-murid yang dipindahkan dari SK Anchi. Terdapat 7 orang tenaga
        pengajar pada masa itu termasuk guru besar. Perasmian SK Sayed Othman dilakukan oleh Encik

        Knight, Pegawai Pelajaran Bahagian Ke 4 ketika itu.


        SK Sayed Othman mengambil nama seorang pemimpin Melayu tempatan bernama Sayed Othman Bin
        Sayed Zain. Beliau merupakan seorang guru agama yang giat mengembangkan agama Islam di Miri

        ketika itu. Beliau turut membina masjid kedua di Miri yang lebih besar daripada masjid yang sedia ada.

        Dari situlah beliau terus menyebarkan syiar Islam sehingga dikenali ramai oleh penduduk Miri. Beliau
        meninggal dunia di Sibu pada tahun 1935. SK Sayed Othman telah dibina di atas tanah yang telah

        diwakafkan oleh Sayed Othman Bin Sayed Zain. SK Sayed Othman terletak di Jalan Merpati Miri. Guru
        Besar pertama Sayed Othman ialah Wan Morshidi Bin Tuanku Abdul Rahman yang merupakan cucu

        kepada Sayed Othman Bin Sayed Zain.


        Semakin hari SK Sayed Othman semakin berkembang dari 7 orang guru dan 6 buah kelas pada tahun

        1962  kepada  29  orang  guru  dan  13  buah  kelas  sekarang.  Selain  guru,  terdapat  5  orang  anggota
        kakitangan pelaksana (AKP) di SK Sayed Othman. 13 buah kelas tadi terdiri daripada 11 buah kelas

        biasa dan dua buah kelas prasekolah. SK Sayed Othman adalah sekolah gred B. Jumlah muridnya

        yang terkini adalah seramai 212 orang. SK Sayed Othman merupakan sekolah sesi pagi sahaja.


        SK Sayed Othman adalah kategori dalam bandar. Jarak di antara SK Sayed Othman dengan Pejabat
        Pendidikan Daerah Miri hanya 50 meter. Ini menjadikan SK Sayed Othman merupakan sekolah yang

        paling  dekat  dengan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Miri.  Sekarang  usia  SK  Sayed  Othman  telah
        mencecah 53 tahun. Warga SK Sayed Othman mengharapkan agar sekolah ini terus berkembang

        maju dan mencapai banyak kejayaan samada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.











        TAKWIM SEKOLAH SKSOM 2021                                                                                  8
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17