Page 3 - Takwim SKSO 2021
P. 3
SK SAYED OTHMAN
PERANCANGAN STRATEGIK 2021-2025
SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR
Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses
merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelan Strategik ini juga
adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan
kualiti akademik ke arah pencapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia. Melaluinya setiap program
akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai
keberkesanannya dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses
menyampaikan pelajaran.
Bagi Sekolah Kebangsaan Sayed Othman ini, fokus Perancangan Strategik Lima Tahun ini lebih
menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana sesungguhnya Sekolah
Kebangsaan Sayed Othman sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan,
bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar
murid sekolah ini adalah dalam lingkungan tahap sosio-ekonomi yang sederhana, namun usaha yang
padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan
cogankata “We’ll Be Amongst The Best”.
Perancangan Strategik Pengurusan Akademik ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem
kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan
membuat keputusan. Keputusan yang dibuat amat penting untuk menentukan hari esok dan masa
depan seterusnya.
Buku Perancangan Strategik ini dihasilkan dengan tujuan membolehkan para pendidik sekolah ini terus
melaksanakan segala program akademik yang dirancang ke arah pencapaian wawasan negara
dengan lebih berkesan. Demi mencapai impian ini keterlibatan dan komitmen setiap warga Sekolah
Kebangsaan Sayed Othman amatlah penting dan sangat-sangat diperlukan.
Semoga dengan usaha murni ini Sekolah Kebangsaan Sayed Othman akan terus mengorak langkah
ke hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya.
JUHAILI BIN JUNAIDI
Guru Besar
SK Sayed Othman,
98000 Miri.
TAKWIM SEKOLAH SKSOM 2021 2

