Page 27 - Fizik Tingkatan 5 KSSM Bab 1
P. 27

Prosedur:
             1.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam   Pemanjangan spring ialah
                Rajah 1.32. Pastikan tanda sifar pembaris setengah meter   penambahan panjang spring
                sama paras dengan hujung bahagian atas spring.           apabila daya regangan dikenakan
                                                                         ke atas spring itu.

             KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                  Kaki retort         1 2  cm    Spring
                                                                                l
                                      3
                                      4
                                                 Plastisin                      0
                                      5
                                      6
                                      8 7                                                  l
                                                 Jarum peniti                        x
                                                                                        F
                                                                         Pemanjangan spring, x ialah
                                                                         hasil tolak panjang spring yang
                  Meja                                                   diregang, l dengan panjang asal
                                                 Pembaris setengah       spring, l .
                                                                              0
                                                 meter                           x = l – l 0
                                      9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49
                                    Rajah 1.32

             2.  Tentukan kedudukan asal jarum peniti, iaitu panjang asal   Nota
                spring, l .
                       0                                                 Pastikan pemanjangan spring
             3.  Rancang langkah-langkah untuk:                          tidak melebihi setengah daripada
                (a)  Menambah daya yang dikenakan ke atas spring         panjang asal spring supaya spring
                   menggunakan pemberat berslot yang dibekalkan          itu tidak mengalami pemanjangan
                (b)  Mengukur pemanjangan spring itu                     lampau dan boleh kembali kepada
                                                                         panjang asalnya.
             4.  Jalankan eksperimen mengikut langkah-langkah yang telah
                anda rancang.
            Keputusan:
            Sediakan jadual untuk merekodkan:
            (a)  Jisim pemberat yang digunakan untuk meregangkan spring
            (b)  Daya yang dikenakan ke atas spring
            (c)  Panjang spring yang diregangkan
            (d)  Pemanjangan spring
            Analisis data:
            Kenal pasti dan plotkan graf untuk membantu anda menyemak hipotesis.
            Kesimpulan:
            Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

            Sediakan laporan yang lengkap bagi eksperimen ini.
            Perbincangan:
             1.  Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya spring tidak mengalami pemanjangan
                yang berlebihan?
             2.  Adakah graf yang diplot merupakan satu garis lurus yang melalui semua titik? Bincangkan.

             26                                                                         SP   1.4.2
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32