Page 54 - E-Book Coach & Mentoring
P. 54
IMPAK COACHING
Program coaching perlu dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkaan. Salah
satu daripadanya ialah coach perlu mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga coachee yang
berpontensi dan melaksanakan sekurang-kurangnya lima petemuan dengan setiap pertemuan
berlangsung dalam tempoh 30 minit. Rasional program coaching yang berjalan diantara coach
dan coachee ialah proses yang membolehkan kedua-dua pihak mencapai potensi penuh mereka.
Salam satu daripada item yang telah saya laksanakan untuk program coaching ini ialah
perbincangan tentang perlaksanaan aktiviti pelajar, perkembangan di dalam inovasi teknikal
dan vokasional.
Seorang pensyarah tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pelajar. Namun untuk
memberikan impak kepada institut, pelajar dan pensyarah itu sendiri sedikit bimbingan
daripada coach yang berpengalaman amat diperlukan untuk perkongsian ilmu. Program
coaching ialah satu platfoam yang membolehkan seorang coach berkongsi ilmu dengan
coacheenya untuk melaksanakan aktiviti dengan efisien. Tanpa bimbingan bimbingan daripada
seorang coach, coachee mungkin akan memerlukan masa yang lebih lama dan tahap kesabaran
yang tinggi memandangkan mereka akan menjalankan tugas berdasarkan trial and error
method. Kertas kerja mereka mungkin akan ditolak oleh pihak pengurusan misalnya dan ini
akan mengakibatkan pembaziran dari segi masa dan kos. Sebaliknya nasihat dan tips daripada
seorang coach akan memberi motivasi dan membuatkan gerak kerja coachee menjadi lebih
terarah dan lancar.
Antara impak yang jelas dalam perlaksanaan program coaching ini ialah:
❖ Coachee BERJAYA merekabentuk projek dan telah berjaya memperolehi pingat Perak
dan Gangsa didalam pertandingan peringkat kebangsaan melalui ICOMPEX 2018.
❖ Coachee juga BERJAYA mendapatkan dana geran PPRN dan menyiapkan dalam
tempoh yang ditetapkan.
❖ Buku latihan untuk kursus DJJ 10012 – Engineering Drawing yang dihasilkan
menjadi rujukan pelajar supaya lebih memahami asas lukisan kejuruteraan disamping
membantu pensyarah-pensyarah lain yang mengajar kursus berkenaan.
❖ Pelajar mendapat sijil pengiktirafan setelah coachee diberikan bimbingan.
❖ Institut dapat mencapai KPI bagi pensyarah untuk melakukan inovasi dan penyelidikan.

